PERHATIAN
 : BLOG INI AMAT SESUAI DILAYARI DENGAN MENGGUNAKAN: 1.GOOGLE CHROME atau 2.MOZILA FIREFOX. klik untuk muat turun.

SEKADAR HIBURAN " sila muat turun untuk kualiti suara yang lebih jelas "

SEMBANG SANTAI LIVE ONLINE

Create a Meebo Chat Room

Tribute Allahyarham Ust Asri Ibrahim

Friday, December 25, 2009

Penapis Air Imtiyaazz Pilihan Saya ...

Saya bukanlah tidak mampu hendak memiliki penapis Air yang Gah disebut oleh khalayak ramai, cuma tak tahulah kenapa setiap kali berperasaan untuk memilikinya terpalit bersama perasaan yang berbaur keraguan ragu tentang harganya,ragu tentang qualitinya, Ragu tentang status halal haramnya dan macam macam lagi, lalu hingga kini saya padamkan sahaja hasrat memiliki penapis air, tanpa diduga saya tertarik dengan produk penapis air Imtiyaaz, saya termenung menguji membiarkan perasaan ragu itu hadir seperti ketika saya melihat produk berjenama gah sebelum ini, setelah sekian lama saya tunggu perasaan itu tiada hadir pula, yang hadir adalah sebaliknya ,apatah lagi bila membaca petikan ini "

" Mengapa bayar LEBIH sedangkan anda MAMPU memilikinya dengan harga yang RENDAH untuk kesihatan anda yang TINGGI nilainya?"

hek hek hek rupa2 nya harga yang rendah yang menarik minat saya ,namun sebenarnya bukan itu sahaja, yang penting ia " HALAL " buatan orang islam dan tentu sahaja inilah yang menyebabkan hati saya bertambah yakin bahawa produk penapis air ini bakal saya pilih untuk mengisi ruang kekosongan hidup ini hekhekhek ....

tup tap tup tap saya kini adalah pengedar berstatus mobile bagi produk ini.... bagi sesiapa yang ingin memiliki penapis air yang saya anggap " MAMPU DIMILIKI TANPA RAGU RAGU " ini silalah menempahnya dari saya atau agen agen yang berdekatan dengan anda .. produk muslim tetap menjadi pilihan saya ... aanda bagaimana ? ...

untuk keterangan lanjut sila lawati laman ini : http://imtiyaazwater.com/

Saturday, November 7, 2009

Bahasa kata disulam rasa

Wahh sudah lama banget tak mengisi blog ini, almalumlah sibuk memanjang dengan tugasan yang tak pernah kunjung reda jika tidak kerana tugasan di sekolah, balik sekolah pun dah banyak kerjanya, nampaknya kerja partime saya sebagai muhandis k#####ter semakin mendapat tempat ,cuma belum dikembangkan lagi hanya sekadar kecil kecilan dan agak sengaja disembunyikan namun ada sahaja permintaan dari sesapa saja untuk ia dikembangkan namun nak buat macam mana saya rasa masa belum mengizinkan banyak pengalaman yang perlu ditimba lagi, biarlah ia berada ditahap ini dahulu yang penting jangan putus walau dirasakan bagai bermusim .

Masa yang ada di dalam bulan-bulan selepas raya ni banyak dihabiskan dengan pelbagai rutin dan acara namun saya masih mengekalkan rentak sederhana tidak terlalu menonjol tetapi terasa ada, bagi yang mencari dan memerlukan khidmat saya mereka tahu bagaimana hendak menghubungi saya ,insyallah jika ada ruang dan masa saya akan penuhi dan memberi apa yang sewajarnya melihat kepada apa yang dihajati oleh para yang berhajat hekhekhek bahasa agak simbolik sedikit maaf yer....

Disebalik senyapnya diri ini ia masih menghidu isu isu disekeliling cuma akibat tindakannya ini ia sering disalah tafsir bagi mereka yang terburu dan tergesa memberi persepsi teruskan jika rasa ia memang melegakan hati, saya hanya menjawabnya dengan bahasa tubuh sesekali juga terpanah kata, jangan terasa lerrrr .. panah dilepas punya sasaran bukan panah yang mengila tanpa tujuan ....

Eh bulan Haji dah semakin hampir malah ketika ini pun dah ramai yang berjaya memijakan kaki ke distinasinya semoga mendapat haji yang mabrur ,bagi yang masih terkandas ingatlah anda bakal menjadi tetamu allah bersabarlah menunggu surat jemputan allah itu pintalah melalui doa dan harapan, jangan hanya berpeluk tubuh engan menadah tangan sebaliknya percaya kuasa DUIT dapat merealisasikan tujuan.... jika begitulah sikapnya apakah jaminan surat jemputan itu akan sampai ,segalanya terserah kepada dirimu yang punya cita cita dan cita cita itu akan hanya menjadi angan angan jika ia tidak pernah ditegaskan melalui ungkapan doa penuh harapan kepada pemilik empunya distinasi yang engkau impikan .....

Tuesday, October 6, 2009

Demi Masa


Demi masa manusia dalam kerugian......
Kecuali yang beriman dan beramal soleh ......
Yang berpesan pada kebenaran ....
Yang berpesan pada kesabaran ......


Saturday, September 26, 2009

Dahulukan Puasa Enam Atau Layan Keluarga?

Soalan: Sempena hariraya, anak cucu saya pulang ke rumah. Selepas hariraya pertama ( 1 syawal) saya terus mula berpuasa enam. Isteri saya bersungut, katanya anak-anak balik dari jauh nak makan bersama-sama sedangkan saya berpuasa. Dia menyuruh saya berbuka sebab syawal masih banyak hari lagi, anak-anak pula cuti mereka pendek mereka hanya sempat beberapa hari sahaja bersama kami. Saya pula takut kehilangan fadhilat puasa enam syawal, apa yang patut saya lakukan. Jika saya berbuka nanti saya tidak dapat ‘raya puasa enam’. Minta huraian Dr Asri.

Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin:

Ada beberapa perkara yang perlu disentuh mengenai soalan di atas;

Pertama: Adapun sunat puasa enam hari pada Bulan Syawwal, bukanlah terhad setakat enam hari berturut-turut selepas hariraya, sebaliknya enam hari pada Bulan Syawwal samada berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan tersebut dianggap sebagai memenuhi maksud hadis:

من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر

“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” (Riwayat Muslim).

Walaupun di sana ada yang berpendapat yang afdalnya adalah berturutan selepas hariraya disebabkan ungkapan ‘ثم أتبعه’ (kemudian dia susulinya), namun fadhilat puasa enam ini tetap diperolehi oleh sesiapa sahaja yang berpuasa mana-mana enam hari dengan niat sunnah tersebut dalam Bulan Syawwal. Inilah yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam Syarh Sahih Muslim.

Kedua: Seseorang yang berpuasa sunat dibolehkan berbuka apabila dia mahu. Bahkan, digalakkan berbuka jika itu dapat menguatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan atau menjaga perasaan orang lain. Ini seperti hadis Abi Sa’id al-Khudri, katanya:

صنعت لرسول الله صلى الله عليه و سلم طعاما فأتاني هو وأصحابه فلما وضع الطعام قال رجل من القوم : إني صائم فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : دعاكم أخوكم وتكلف لكم ثم قال له : أفطر وصم مكانه يوما إن شئت

(Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).

Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda: دعاكم أخوكم وتكلف لكم ثم تقول إني صائم (saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!).

Ini menggambarkan betapa menjaga hubungan baik itu patut diutamakan sementara puasa sunat pula boleh diganti pada hari yang lain. Puasa enam Syawwal pun demikian. Maka untuk menjaga hubungan kaum keluarga, maka eloklah ditangguhkan puasa tersebut jika hari-hari pada Bulan Syawwal masih banyak. Pada zaman ini, cuti yang terhad, waktu pertemuan sesama keluarga juga terbatas oleh kesibukan dan urusan yang berbagai, maka amalkanlah galakan Nabi s.a.w ini ‘berbuka dan ganti pada hari yang lain jika mahu’. Dengan itu hubungan keluarga dapat dikuatkan atau dijaga, puasa enam juga dapat dilaksanakan.

Ketiga: tiada dalam Islam apa yang dinamakan dengan ‘hariraya puasa enam’. Apatahlagi jika ia diiringi dengan ibadat khusus seperti solat tasbih sempena hariraya puasa enam yang dibuat di sesetengah tempat. Ini semua perkara yang diada-adakan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Sabda Nabi s.a.w.:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak”. (Riwayat Muslim).

Allah Lebih Mengetahui;

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
25/9/09 -6 Syawwal 1430.

HARI RAYA HANYA DISYURGA

Setiap kali kedatangan Syawal, ada sahaja lagu-lagu raya yang di gubah oleh para pengubah lagu sama ada penggubah lagu biasa atau lagu nasyid.mereka akan mencipta lagu-lagu yang sangat puitis dan penuh dengan makna.Lagu-lagu yang mengambarkan kegembiraan di hari raya,keharmonian dan ketenangan di hari raya.Di sini saya nak berkongsi lagu raya yang penuh makna,nasihat dan pengajaran untuk kita renungkan. Lagu yang pernah di nasyidkan oleh Kumpulan Nada Murni,dengan penasyidnya almarhum ust Asri Ibrahim .lagu ini sentiasa evergreen di benak hati saya kerana ia mengingatkan saya kepada memori ramadhan sewaktu ketika dulu kemanisan ramadhan ketika dulu sukar dikecapi kini ,namun syawal kini semakin dirai kan tanpa segan silu ....( penuh makna tersirat bagi yang memikirkanya )

Lagu ini boleh di dengar dan dimuat turun di dalam list himpunan lagu di atas, cuba ler hayati sendiri...

HARI RAYA HANYA DISYURGA

Di dunia tidak ada hari raya
Di sini tidak ada hari ria
Juga tidak ada hari gembira
Tidak ada hari merdeka
Yang ada hanya melahirkan syukur
Menyatakan segala nikmat Allah
Hari mengagih-agihkan nikmat
Agar semua manusia merasa
Hari raya diakhirat saja
Hari ria hanya di sana
Hari gembira di sana jua
Hari merdeka di sana semuanya
Setelah kita masuk kesyurga
Di syurga sana ada erti hari raya
Juga hari ria gembira merdeka
Begitulah hakikat hari raya

Lirik:Nada Murni
Lagu:Amaluddin napiah
Solo:Mohd Asri Ibrahim
Album:Potret Aidilfitri (1997) Nada Murni
Terbitan:Permata Audio Productions (M) Sdn Bhd


Tuesday, August 25, 2009

Tazkirah Ramadhan lewat kematian

Bukankah tarikh mati Allah telah tetapkan sejak dari kita di dalam alam rahim lagi.tidak dapat disangkal lagi fakta yang punya bukti ini, masalahnya adakah kita menerima hakikat ini,kematian seorang yang kita sayang tentu sahaja menyedihkan dan susah untuk diterima apatah lagi jika kematian yang mengejut tanpa ada tanda yang nyata tetapi inilah yang biasa kita dengar dan berlaku.

Hakikatnya mengucapkan selamat panjang umur kepada sesaorang sudah nampak tak relaven dan logik jika kita memahami hakikat bahawa umur atau kematian kita sudah terpahat dan ditandai oleh allah bila,dimana dan bagaimana kematian yang bakal kita alami,semakin bertambah umur kita bermkna semakin pendeklah umur kita dan semakin dekatlah kita kepada kematian , takut sekali berbicara mengenai kematian ini namun inilah hakikat, walau bagaimna perasaan kita terhadap kematian ini, ia suatu yang pasti akan datang mengenai kita,namun cuba kita fikir kita takut berbicara mengenai MATI namun adakah dengan tidak berbicara mengenainya kita takkan mati ,tak berbicara mati pun akhirnya akan mati juga,takut mati pun akan mati juga, tak mati mati akhirnya akan mati juga ,kita tiada pilihan kerana mati merupakan suatu kepastian,masalahnya adakah kita sudah bersedia, mana elok takut mati tak bersedia dengan takut mati dengan bersedia ermmm... perlu direnungkan kata kata ini.

Orang berilmu pernah berkata " siapa yang tidak tahu untuk apa dia mati, maka dia tidak layak untuk hidup ". Cuba renungkan apa yang tersirat jadi rupanya kita bukan disuruh mengetahui untuk apa kita hidup sahaja tetapi sebenarnya kita dituntut untuk mengetahui juga untuk apa kita mati, adakah kita sering terlupa atau belum pernah terfikir lagi mengapa kita perlu mati walau kita setidak dan sejangannya untuk mati cepat. cuba kita fikirkan kematian begini pula " Mati untuk hidup " apa yang kita fikirkan dengan kata kata ini kebiasaanya yang biasa kita dengar hanya " makan untuk hidup " ,untuk memberi makna kematian dari sudut pandangan yang berbeza mungkin agak payah diterima tetapi ini bukan idea baru inilah hakikat hidup, sebenarnya melalui kematian datangnya kehidupan sebenar bukan kah begitu? fikirkan lagi lebih dalam .....

Sebenarnya memang mati kita nanti adalah untuk hidup .hidup di alam lain yang mana di sana kita tak akan mati mati lagi, itulah alam akhirat , mati di dunia merupakan suatu permulaan suatu kehidupan yang hakiki, jadi hidup ini untuk mati dan matinya kita adalh untuk hidup inilah hakikat, aspek persediaan perlu ditekankan di dalam kehidupan di dunia kerana dunia adalah tempat menanam hasil tuaianya untuk menjadi bekalan kita di kehidupan yang tak mati mati itu, ya kita abadi di sana namun kita tetap makhluk tidak seperti khalik abadinya tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran , ermm pasti amat banyak bekalan yang harus kita bawa, kerana kita bukan menempuh perjalanan yang singkat satu hari bersamaan seribu tahun, bayangkan bagaimanakah banyaknya bekalan yang harus kita bawa untuk menempuh perjalanan yang sebegitu subhanallah....

Jadi bagaimanakah caranya kita hendak mencari bekalan sebanyak itu dengan bekalan umur yang tak menentu ini harap dapat kita memikirkan dengan penuh sedar agar ramadhan kita benar menginsafkan untuk kita lebih menambah ghairah beramal bukan semakin lesu terduduk tak bermaya tak berupaya walau hendak menopang sepasang kelopak mata .

Saturday, August 8, 2009

Japanese Green Tea


"Lihat berita ini..Sekelompok ilmuan Jepun mengemukakan bahawa meminum 'teh hijau' sekurangnya 5 cawan sehari dapat mengurangkan resiko tumbuhnya sel 'barah prostat' seperti disiarkan dalam 'American Journal of Epidemiology' pada 20 Disember lalu.

Hasil kajian menunjukkan lelaki yang rutin meminum teh hijau sekurangnya 5 cawan sehari memiliki resiko 50% lebih rendah terkena barah prostat dari mereka yang hanya meminum kurang dari satu cawan sehari. Menurut pengkaji itu lagi, 'catechin' salah satu zat kimia yang terkandung dalam teh hijau, berperanan aktif menurunkan resiko terkena barah prostat tersebut. Itulah sebabnya mengapa jumlah penderita barah prostat pada lelaki di Asia jauh lebih rendah dibandingkan dengan lelaki di barat, dihubungkan dengan tingginya jumlah penggunaan teh hijau ini.

Penemuan terbaru tentang khasiat teh hijau juga, telah membuka harapan baru bagi penderita penyakit 'parkinson' di dunia, dalam usaha mencegah penurunan keadaan fungsi syaraf atau 'neuro-degenerative' akibat penyakit tersebut. Polyphenols, anti oksiden, yang terkandung dalam teh hijau ternyata mampu mencegah kerusakan sel-sel syaraf pada otak. Berperanan penting dalam pembentukan dopamine-zat kimia, dan bertanggung jawab mengirimkan pesan dari otak dalam mengkoordinasikan gerakan anggota tubuh seperti berjalan, makan atau bercakap.

Pengkaji-pengkaji juga menggunakan campuran polyphenols yang terdapat dalam daun teh hijau, iaitu 50% epigalocatechin gallate (EGCG), 22% epigalocatechin (EGC), 18% epicatechin gallate (ECG) dan 10% epicatechin (EC). Campuran anti oksidan tersebut ternyata mampu melawan zat-zat kimia perusak sel seperti neurotoxin 6-hydroxydopamine (6-OHDA), reactive oxygen species (ROS) dan nitric oxide (NO).
Berikut ini adalah 27 macam manfaat teh hijau yang didasarkan pada berbagai hasil penelitian.

1..Dapat mencegah dan menurunkan tekanan darah tinggi
2..Mencegah timbulnya kadar gula darah yang tinggi
3..Menurunkan kadar kolesterol.
4..Menurunkan resiko terkena berbagai penyakit hati.
5..Menurunkan resiko terkena stroke.
6..Membantu tubuh dalam melawan virus (seperti virus influenza).
7..Dapat menghambat penurunan fungsi syaraf
8..Memperbaiki fungsi kognitif.
9..Bermanfaat bagi kesehatan gusi.
10..Mencegah sesak nafas.
11..Mengurangi stress.
12..Menghilangkan penat dan letih.
13..Mampu mencegah timbulnya penyakit kanker.
14..Mampu mengendalikan pertumbuhan tumor atau bisul.
15..Membantu penyembuhan penyakit kanser atau barah.
16..Membantu menurunkan berat badan.
17..Mengurangi resiko timbulnya radang sendi dan reumatik
18..Berfungsi sebagai anti radang tenggorokan
19..Mencegah osteoforosis.
20..Mencegah timbulnya alergi.
21..Melindungi lever atau hati.
22..Mencegah hepatitis
23..Membantu menghalangi penyebaran virus HIV.
24..Mengurangi bahaya merokok
25..Perlambat penuaan.
26..Baik untuk penderita diabetes.
27..Mampu mencegah keracunan makanan.

Sila dapatkan:

Japanese Green Tea
Harga 1 kotak (20 uncang) RM25.
1 uncang untuk 1 cawan.
Akan dihantar melalui pos laju & berdaftar.

Bagaimana Nak Beli?

1..Masukkan atau pindahkan wang ke akaun ini:
No Akaun Maybank 1621 8801 0338
Atas Nama: HMH Resources/ Abu Hafsin.
Tel: 0172551882 (KL)

2..Ambil resit & e-mailkan salinannya..
atau tentukan dalam e-mail itu ada maklumat:
a..Jumlah bayaran.
b..Masa & tarikh.
c..Tempat dimasukkan wang.
d.. Apa-apa no yang ada dll, jika perlu.
3.. Juga Nama, Alamat & no tel. pengirim atau tempat hantar barangan yang dibeli dengan jelas (termasuk poskod).

hantarkan kepada:
ibnuhasyim@gmail.co


Ditanya begitu , jawab begini

Anda pernah ditanya Dari mana kita belajar ? dengan siapa kita belajar ? belum lagi ditanya untuk apa ? kenapa ?bagaimana belajar itu ,bagaimana anda menjawab segala bentuk soalan ini ? jika merendah diri kita boleh jawab begini, kita belajar dari semua orang dari yang kecil remaja dewasa tua lelaki mahupun wanitanyan tak cukup dengan itu tambah lagi kita boleh belajar dengan apa yang kita lihat dengar rasa alami dan sebagainya . jawapan yang padat dan senang difahami,siapa pun yang bertanya jawablah dengan jawapan yang sebegitu pasti di fahami .

Tetapi ada pula yang bertanya ilmu semua boleh dipelajari dengan sesiapa pun tetapi bagaimana nak cari hikmah dari ilmu tu pula, ermmm bagaimana nak menjawabnya ? begini sejenak mari kita soroti dipagi yang indah ini ( 721 am , Larkin Perdana JB ) tentang kata kata Luqman al Hakim ketika ditanya bagaiman dia mendapat hikmah mudah mudahan kata kata Luqman al Hakim ini dapat memecah pertanyaan yang bertanya ,begini jawab Luqman

" aku belajar hikmah daripada orang dungu, jika dia melakukan sesuatu, maka aku tidak akan melakukanya, "

sungguh mengejutkan jawapan orang berhikmah, Luqman menjadikan si Jahil aka bodoh aka dungu sebagai "Guru" yang mengajarnya erti sempadan pada percakapan dan tindakan juga segala tindak tanduk . persoalanya kita bagaimana? bersediakan dengan rendah hati mengambil si dungu menjadi guru kita ermmm fikir fikirkan dimana wajarnya ... dan ingatlah satu petua untuk belajar.

"apabila murid bersedia ,guru akan tiba" .

Maksudnya apabila kita ingin dan bersedia untuk belajar maka akan muncul " guru-guru" yang mahu mengajar cuma kita saja yang berlagak pandai melihat siapa yang mengajar bukan melihat pada apa yang diajar, sedang yang diajarkan tentang adab belajar jangan lihat siapa yang mengajar tetapi lihat apa yang diajar ,mudah mudahan kita jadi orang yang terpelajar dan menginsafi diri untuk terjebak menjadi si kurang ajar , akhirnya selamat belajar ............

Friday, July 31, 2009

KU POHON KEMAAFAN

Haru Biru dibuatnya, sori blog ini tidak berapa aktif dibulan july disebabkan masalah teknikal berlaku insyaallah kita bertemu di bulan hadapan..............

Saturday, July 4, 2009

Alahai hidup ini

Alhamdulillah ku gagahi jua untuk mengisi blog ini yang sudah sekian lama tak tersentuh, biasalah bila dah disibukan dengan pelbagai tugas masa untuk bersantai yang biasanya saya selitkan sedikit untuk berkongsi cerita pun semakin terhimpit, ditambah pula dengan line enternet yang bermasalah disini, bisanya saya aklan update semasa berada di Jb mengambil kesempatan ketika berada di samping isteri tersayang hek3x mengunakan kemudahan broadband nya … alahai isteriku ini lebih maju nampaknya …

Banyak perkara yang berlaku sebenarnya yang boleh dikongsikan bersama kali ini ku ceritakan sekadar termampu,apapun terlebih dahulu di ucapkan Sekalung Tahniah kepada Bang Lis & Kak Ila ,juga kepada Mus & Maziah Kerana dikurniakan cahayamata tak silap saya Amir & Amsyar namanya … semoga amsyar aktif seiringan maksud namanya, jangan Hyper plak dah ler susah oiiii….hehehe.

Berita yang cukup mengembirakan yang perlu disulam dengan kesyukuran dimana isteri tersayang telah disahkan berbadan dua oleh doc , walau saya pada mulanya sedikit terkejut hehehe … kita merancang allah jua merancang … rancangan kita tak sesempurna rancangannya …Alhamdulillah ku ucapkan diatas kurniaan ini , namun resah gelisah juga si bakal mama nie nak terima ,sebab lum BTN lagi nie ,pengesahan mengandung diketahui seminggu sebelum BTN akan berlangsung ,errmmm tawakal saja kataku padanya……kena yakin dengan perancanganya …insyallah dipermudahkan jua … jeng jeng dipendekan cerita dengan cerinya BTN dapat dilalui oleh isteriku dengan jayanya alhamdulillah…

Naik sekolah semula selepas cuti pertengahan tahun memang lemah longlai rasanya ,minda masih diawangan jasad sudah dikerah untuk melaksanakan tangungajawab begitulah rasanya….namun minda dikerah agar cepat mengejar realiti bahawa sekolah dah buka dan tanggungjwab kena dilaksanakan dengan sewajarnya … nampaknya perjuangan harus diteruskan….. rabbi yassir wala tuasssirrr ….rabbi tammim bil khair.. amin yarabbb….

Ermmm epelapor untuk program jqaf, online nama pelajar upsr dua benda yang dipundakkan untuk di bereskan … slow slow tenang insyallah allah permudahkan itu ler yang selalu dibisikan dalam hati nie sebagai motivasi semangat ,jarang ditolak setiap kerja yang diberi .. yang penting cuba sedaya upaya tak tahu Tanya ( nie yang berat nak dilakukan ) tapi percayalah yang senasib dengan ku kita buat sehabis termampu pasti setelah itu yang termampu kita lakukan itulah yang terbaik kita buat dan akan kita kenang sampai bila bila ,apabila dinilai baik pula oleh orang lain kerja kita tu bukan kah timbul kepuasan dalam diri …kadang kala saya focus membuat kerja hanya untuk kepuasan diri selainya terpulang untuk dinilai …

Wah dah penat ar nak cerita …sambung ler len kali ek ......

Tuesday, June 2, 2009

Travelog Haji; Mengubah Sempadan Iman


Muhd Kamil Ibrahim,
PTS Islamika

Sinopsis

“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah maha kaya dan tidak berhajatkan sesuatupun daripada sekalian makhluk.” (Surah Ali Imran, ayat 97)

Travelog Haji; Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk kepada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah.
Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.

Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang merunsingkan. Buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang hebat. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.

Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA. Beliau banyak menghasilkan karya seperti PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja.
Beliau juga menulis buku kepakaran bidang seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia dan Corporate Social Responsibility in Malaysia. Lebih daripada 400 rencana juga diterbitkan dalam pelbagai media massa.

Ulasan saya :

Alhamdulillah sempena cuti ini saya peruntukan 3 hari untuk membacanya, ada benarnya kata kata dalam synopsis buku ini bahawa ia adalah sebuah buku yang sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan ,membacanya kadangkala akan menimbulkan seribu penyesalan, kenapa pula ? ia adalah lebih khusus bagi mereka yang telah pergi menunaikan haji tetapi tidak merasai atau terlepas merasai perkara yang dialami oleh penulis, penulis bijak mengunakan bahasa yang membuat golongan ini merasa terkilan dan menyesal, hebat garapan Dr Kamil pasti yang membacanya akan terdetik untuk merasainya suatu ketika nanti jika berpeluang, seterusnya pengajaran di dalamnya boleh mencetuskan satu anjakan bagi memperbaiki segala sudut kehidupan, rohnya adalah manusia itu perlu berubah dari jahat kepada diri yang lebih bermaruah di hadapan Allah, bukti Allah sayang pada hambanya boleh dilihat dari terkabulnya doa dan harapan walau sebenarnya mengaharap ia terkabul sejurus berdoa adalah suatu keistimewaan dan di luar jangkaan namun berbaik sangkalah kerana Allah maha mengetahui akan keperluan setiap hambanya …….. tahniah hebat semoga akan mengubah dan melakar jalur kehidupan yang berpaksikan keimanan yang baru pada setiap yang membacanya amin….

Sunday, May 31, 2009

KING CO-GO PEMBASMI LIPAS TERUNGGUL !!!


Saudara Maasom Mansor 
Pembekal King Co Go 

Pernah tak anda terlihat kelibat serangga bernama "LIPAS" di rumah anda?

Di dapur ke... atau di mana-mana saja sekitar rumah anda? 

Di dalam kereta ke....? 

Kalau anda pernah terlihat, tahukah anda 95% lagi "mereka" berada di tempat persembunyian?

Kenapa? tak percaya?

Ok.. di sini saya nak perkenalkan kepada anda sejenis "produk" yang sangat unik. Sejak saya jumpa sampai hari ni saya masih menggunakannya kerana saya cukup puashati dengan produk tersebut. Ha.... nama dia "CO-GO spray". Anda pernah dengar???? hahahaha... kalau anda pernah guna, pilihan anda memang tepat. Pasti anda juga adalah orang yang puashati mcm saya. kalau belum pernah guna, cubalah!..... gerenti anda tak akan menyesal...... malahan anda akan lupakan....... yang lain. kenapa?? masih tak percaya????....

Harganya bukan mahal sangat pun.... pasti anda mampu miliki...Ianya sangat men"JIMAT"kan kerana anda hanya perlu spray di permukaan rata sahaja dan kesan semburan di tempat yang kering dan tiada gangguan mampu bertahan sehingga SEBULAN... maknanya anda hanya perlu sembur CO-GO sebulan sekali je... JIMAT kan? hahaha...

Kangdungan Co-go spray ni 600ML dan harganya Rm14.40 sahaja.

Ini tidak termasuk kos penghantaran. Penghantaran percuma untuk sekitar JB sahaja.

Sebarang persoalan sila hubungi En Maasom ditalian 012-76700 45

Untuk keterangan cara mengunakanya pula  sila  layari blog rasminya

Tuesday, May 19, 2009

Manual Download Clip Youtube dengan Save2pc :


Semua File ini hendaklah di Muat turun dahulu kemudian pasanglah dalam pc anda:


File manual mengunakan program save2pc dalam format word boleh di muat turun di sini

selamat mencuba untuk Akhi Samjan ........

Monday, May 18, 2009

Victorinox Swiss Teman Kembaraku





Victorinox swisstool Classic [ baru dimiliki ]


Victorinox swiss army terkini [ Gajet utama kembara ]


Victorinox swiss Army Classic[ dimiliki hampir 22 tahun ,telah direhatkan, jasamu dikenang ]

WALAUPUN hanya dikenali sebagai pisau, Victorinox seperti juga pisau-pisau poket keluaran Swiss Army terdahulu sebenarnya memiliki pelbagai peralatan yang diperlukan.

Pada umur saya 10 tahun saya sudah mempunyai pisau jenama ini, dikira kira sehingga saat ini dah lebih 20 tahun saya mendapat manfaat darinya dari kecil sehingga lah saya keluar Negara melanjutkan pelajaran ia tetap saya bawa bersama, saat paling sedih bila diberitahu ketika hendak menaiki flight, bahawa sebarang bentuk pisau ,gunting dan apa apa jua benda yang tajam tidak dibenarkan dibawa naik kepesawat atas dasar keselamatan, saya ingat itulah saat perpisahan saya dengan pisau lipat kesayangan saya ini ,namun tiba tiba secara sepontan datang idea agar menyembunyikanya di dalam kotak-kotak kitab saya yang akan di pos melalui kontena kapal laut tidak lama lagi, saya pun tawakal saja .. alhamdulillah ia selamat sampai ketanahair dan ia sekali lagi dapat berbakti kepada saya untuk beberapa lama lagi.

Dipendekan cerita kini saya telah memiliki keluarga pisau ini dari sekian versinya, yang terkini saya pilih victorinox swisstool Classic versi 2003 , dilengkapi dengan pelbagai tool menarik yang sangat berguna, namun set tool terulung disisinya adalah set playernya ,namun saya juga memiliki keluarga victorinox yang lain yang saya bawanya kemana mana iaitu victorinox Swiss Army lihat gambarnya diatas ,Sama ada anda pengembara hutan atau perantau di kota atau siapa sahaja , pisau poket adalah teman paling berguna dan pastinya banyak membantu terutama di saat-saat tidak terduga.

Di sebalik saiznya yang kecil, tersembunyi lebih daripada 20 bilah mata yang memiliki fungsi-fungsi tersendiri daripada membaiki, memotong, mengikat, mengepit hinggalah merapi.

Jika anda tidak berada di hutan dan tidak tahu bila akan memerlukannya, simpan sahaja di dalam kereta.

Antara fungsi terpenting adalah mata pisau tajam, gergaji untuk memotong kayu dan plastik, pembuka tin dan botol yang diperlukan ketika perkhemahan.

Ketika membaiki peralatan-peralatan elektrik yang kecil, fungsi playar dan pemutar skru memudahkan pergerakan tangan untuk mencapai ruang-ruang sempit.

Satu lagi fungsi penting adalah gunting untuk memotong kertas atau digunakan untuk merapikan diri.

Victorinox juga memilik alat penyepit untuk melakukan ikatan dawai yang kemas dan halus.

Di kalangan pemancing, alat ini sudah menjadi kemestian kerana kemampuannya untuk menanggalkan kail pada mulut ikan secara efisien. Bahkan satu bilah mata direka khas untuk kegunaan mengikiskan sisik ikan.

Di waktu-waktu anda memerlukan alat tulis, pisau ini juga tidak akan mengecewakan anda kerana ia turut memiliki mata pen tersembunyi.

Turut melengkapkan ciptaan Swiss Army adalah set kanta pembesar plastik.

Swiss Army Victorinox ini boleh didapati pada harga RM200.

Terima kasih kerana sudi membaca kegemaran saya yang pelik ini huhuhu….

Selamat Hari Guru




Selamat Hari Guru diucapkan kepada para guru Malaysia yang telah melaksanakan tanggungjawab dalam mendidik generasi ummah.
   
Tahniah dan syabas buat kalian di atas kesungguhan dan kesabaran dalam mendukung visi dan misi murni menyampaikan ilmu.

Tema Hari Guru ke-38 'Guru Pembina Negara Bangsa' menyerlahkan agenda membina tamadun negara melalui proses pendidikan yang menjadi nadi profesyen perguruan.

Cabaran guru masa kini berhadapan dengan masalah kebejatan sosial masyarakat yang bermula daripada institusi keluarga yang rosak. Apabila institusi keluarga sejahtera gagal dibentuk, maka pembinaan individu manusia menjadi tidak seimbang.

Ini mengakibatkan guru-guru terpaksa terlebih dahulu menangani 'masalah sikap' para pelajar sebelum meneruskan proses penyampaian ilmu dengan pelbagai medium dan kaedah bersesuaian.

Selain itu proses membentuk daya tahan dan membangunkan sistem imuniti melalui aspek penerapan 'akidah' dan kefahaman terhadap agama serta akhlak merupakan cabaran para guru. Ini adalah kerana dunia ledakan maklumat tanpa sempadan seringkali membuka ruang dan peluang untuk anasir-anasir negatif.

Guru-guru dengan wibawa yang tersendiri mampu melatih pelajar dalam mewujudkan daya saing yang ampuh bagi mendepani segala anasir dan unsur-unsur negatif yang berleluasa.

Segala cabaran kehidupan yang dipengaruhi aspek teknologi serta pengembangan ilmu pada hakikatnya akan mendatangkan kesan positif secara menyeluruh sekiranya pengarahan dan halatuju adalah berdasarkan konsep yang telus.

Sebagaimana Allah SWT menukilkan dalam surah al-'Asr yang bermaksud: "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Sekali lagi ucapan penghargaan kepada para guru Malaysia di atas segala komitmen membentuk jatidiri masyarakat Malaysia.

Anjakan paradigma terhadap peranan mendidik masyarakat perlu dijadikan satu agenda pelaksanaan yang menyeluruh kepada semua warga Malaysia, agar agenda 'mendidik anak bangsa' tidak hanya diletakkan di bahu para guru semata-mata

Thursday, April 23, 2009

Maulidur Rasul Skpl 2009



Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah Kebangsaan Parit Lapis telah berlangsung dengan begitu meriah sekali seperti tahun tahun yang lalu , namun setiap tahun pasti ada kelainanya , pada tahun ini acara berarak sudah seperti menjadi acara wajib dan dinantikan ,seawal jam 7.30 pgi murid murid telah bersedia di lokasi yang telah dirancangkan kemudian guru dan murid murid berarak sambil membawa kain rentang dan berselawat beramai ramai.

Sambutan maulid ini tidak berseri tanpa pengisian ceramah ,Ust Khairuz Zikri bin Mohd Anuar dari Sk Bagan telah dijemput khas untuk memenuhi slot ceramah ini ,dengan gaya dan kepetahan berkata kata beliau dapat memberikan ceramahnya dengan baik dan murid murid mendengar dengan khusyuk serta kadangkala terhibur dengan jenaka yang dibawa olehnya .

Buat Julung julung kalinya juga Murid Skpl dihiburkan dengan Dikir Barat Berbahasa Arab yang dipersembahkan oleh murid tahun 4, disamping itu ada juga alunan Nasyid merdu dari Tahun 5 .

Sambutan diakhiri dengan murid murid menjamu selera dan pada slot penutup murid murid dihidangkan dengan tayangan Animasi Keagamaan yang bertajuk " Atasi Godaan Syaitan Dengan Doa " murid murid sangat terhibur dengan tayangan tersebut .. sekian sahaja cerita kali ini..  jumpa lagi...

*Untuk melihat aturcara perjalanan majlis clik jer pada gambar browser tu ....
*Banyak lagi gambar nak masukan tapi berat ler line tenet lembab ... ckup ler gambar2  jer...

Thursday, April 9, 2009

Manual Memasang Win xp

Ramai yang bertanya saya macam mana nak memasang win xp pada pc atau laptop ,jadi dikesempatan yang ada saya cuba membantu anda , sila muat turun Manual Memasang Win xp ini ,ia mungkin dapat membantu anda ... saya tulis secara santai agar mudah difahami ... selamat mencuba ...

Sila clik Url dibawah untuk muat turun :



Sunday, April 5, 2009

Kem Khemah Ibadah Sekolah Rendah KPM 2009

Nama Aktiviti  
Kem Khemah Ibadah Sekolah Rendah KPM 2009
Hari \ Tarikh 
 Rabu ,18 .03.2009 – Sabtu , 21.03.2009
Pengelola \ Tempat 
Daerah Mersing , Sek.Men Sains Sultan Iskandar Mersing 
Dirasmikan Oleh
Perasmian Penutup Oleh Tuan Haji Basari Bin Hj Abd 
         Manan  ,Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan 
Islam JPN Johor.









Wednesday, April 1, 2009

Membaca mari membaca

Khas untuk adik Faris ,yang mana bertanyakan tentang Syiah, nak menjawab secara detail kena jumpa ler berbincang tapi sekarang ni nak jumpa pun dah satu keja, sebagai permulaan boleh lah baca artikel ringkas tentang syiah nie rasanya padat juga isi nya boleh lah dijadikan bekalan untuk menjawab segala macam persoalan tentang syiah .... kalau tak faham bertanya lagi lama lama nanti banyak lah ilmu ... pi CC click risalah nie kmudian print ler .... pastu baca puas puas .. k selamat membaca..

Clik DiSINI atau  DISINI..

Saturday, March 14, 2009

Cuti bermakna tanpa makna...

Untuk makluman sekarang tenggah cuti pertengahan tahun, cuti yang diberi ada seminggu 14 sampai 22, tapi apalah nasib dapat cuti pun kena bertugas,terpaksa batalkan plan A, sebab tak cukup hari dan masa, Plan B tak sehebat Plan A tapi harap ia menjadi kenangan terindah jua hehehe,Mula mula  hati ni memang boleh terima tapi tak tau apakah reaksi  si dia, walau tenang dimata dihati siapa tahu, bersabar ler ... tu ler yang buatkan aku kusut ... harap bersabar yer ... setiap kepahitan tentu ada kemanisan .. apapun selamat bercuti, isi lah masa ini dengan perkara yang memantopkan kita ...masssalamah ...

Monday, March 2, 2009

Coretan Ringkas ...

Satu dua hari ni enternet agak lembab ,tak tahu kenapa nak sent email pun asyik tersangkut, tak mengapa lah lagi pun saya agak sibuk sekarang ,macam macam idea bercambah dalam otak nie ,ditambah lagi dengan kerja kat sekolah yang menimbun tu, apahal pun kerja tetap kerja, cuma kadang kadang orang len tak faham apa kerja kita,dan yang memeningkan kepala saya kenapa ler orang nak tahu sangat apa kita buat,sedangkan diaorang dah tau saya nie kerja Cikgu, cikgu sekarang semua kerja dia buat sampai kadang2 tak sempat nak wat kerja len ermmmm mungkin ada hak orang len keatas diri kita yang terabai kot ... lalu ada ler suara suara sumbang ... lermmm biarkan ler janji kerja dan tanggungjawab kita tak terabai buat yang termampu ...dan niat kena betul dan selalu di refresh ... semoga ada keberkatan pada apa yang kita lakukan insyalllah...  
Tadi siapa satu kertas pojek Pertandingan azan sempena bulan dawah peringkat sekolah sekolah ,dah jumpa GB ok jer ... ingat sok nak wat uji bakat tapi terpaksa di batalkan sebab sok sehari suntuk kena hadir taklimat kat Johor Bharu .... ok sekadar itu sahaja coretan di kesempatan ini wasalammm...

Sunday, February 22, 2009

YA HATI PENUH DENGAN RASA

Dulu saya pernah gak time temenung2 tertulis beberapa kata kata yang penuh makna bagi yang tahu mengamatinya ler, tapi mungkin macam berbelit belit bunyinya namun masih ada makna bagi yang terasa ia bermakna.....

[1]

===============================================

" aku semalam hari ini esok dan lusa "
===============================================

begitu susah mengenangkan masa silam,
kerana ia bukan andaian,
bukan diada adakan,
namun ia adalah apa yang telah berlaku,
dan telah berlalu........

bagaimana aku disini ?
siapa aku disini?
kemana aku nanti?
kepada siapa hendak ku tanyakan?
atau saja aku andaikan jawapan.....

aku pernah berada di semalam
namun aku berada di hari ini..
ya aku bukan disemalam lagi..
kerana nyatanya aku di hari ini..
dan aku belum tentu esok..
hakikatnya .....
aku telah ada di semalam dan hari ini..
hakikatnya juga..
aku belum tentu di esok dan lusa.....

sedar tak sedar masa berlalu
namun aku tetap di sini
menempuhi masa yang terus berlalu..
kekadang mengeluh juga
masa di bazir entah kemana
kerana takut nanti ditanya
kemana masa diguna?
untuk apa masa diguna?
bolehkan aku menjawabnya ......


=======================================
Wrote : Muzaini Hj Badi
Time : Petang Khamis

Place : Tanta imarah fookkhalis ma'moon street,

Date : 07/08/2003 ============= 09 JamadilThanie 1424h

=======================================

[2]

=======================================

"Anganan,Khayalan,Impian,perasaan"
=======================================

jangan bazirkan masa begini dengan begitu,
kerana ia membawa sesalan nanti,
angan angan itu lah khayalan,
dirasa didekat namun dijauh,
bila dijauh rasa didekat,

dirimu jangan dibiar ,
mengejar khayalan ,
kerna khayalan itu kemabukan fikiran,
mencari keseronokan lewat khayalan,
bukanlah penyelesaian,

perasaan, khayalan, angan angan,
jiwa kusut ......kusut....kusut..
hati pun gundah gulana,
otak serabut.....serabut......serabut
anganan,khayalan mengusik perasaan....

terkejut lewat tersedar,
hilang lenyap khayalan,
lenyap hilang anganan ,
tinggal kenangan .....
sesal tersedar awal....
kerana dah biasa dengan anganan khayalan...

merubah khayalan,  anganan lewat perasaan,
didatang impian,
mengharap impian ....
jangan duduk diam...
nyatakan impian lewat usaha..
usaha pelaksana impian,

impikan ini begini,
supayaa tak jadi begitu,
banyakan impian laksanakan usaha,
tingalkan anganan dan khayalan,
kerna anganan kahayalan bukan impian,
ia cuma mainan perasaan...................

jangan biarkan perasaan dimain mainkan
nanti menjadi sakit...
sakitnya hati yang bukan kepalang...
akibat dimainkan oleh perasaan...
kerana hati bukannya tidak punya apa...
tetapi hati penuh dengan rasa....



------------------------------------------------------------------

Wrote by : Muzaini Hj Badi,
Time : 3.30 pagi yang tenang,
Place : Tanta imarah fookkhalis ma'moon street,
Date : Malam selasa 04/07/2003 ----------07 Jamadilthanie 1424
to : to me
------------------------------------------------------------------






 



 

 

Sunday, February 8, 2009

Mari Mencari Kejernihan Cara Berfikir

Kami Perjuang Usul, Anda Dakwah
Remeh & Ranting ?

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Beberapa bulan lepas saya membaca satu berita yang menggembirakan jika dilihat dari sudut pandang Islam. Namun saya yakin ia berita yang negatif jika dilihat dari sudut nafsu wanita moden yang sentiasa ingin ‘bebas' dalam cara pemakaian mereka, kononnya di atas nama ‘hak kebebasan'.

Berikut adalah beritanya :-

KOTA BHARU 23 Jun - Larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi ialah antara arahan yang ditetapkan kepada pemegang lesen dan pekerja di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Shafie Ismail berkata, arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.

Katanya, wanita muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi. 

....Sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah,'' katanya menerusi pekeliling yang dikeluarkan kepada wanita beragama Islam yang bekerja mengendalikan premis makanan dan bukan makanan di dalam kawasan MPKB-BRI. 

Bagaimanapun Shafie tidak dapat dihubungi Bernama untuk mendapatkan penjelasan terperinci berkenaan larangan pemakaian gincu itu. 

Selain itu, beliau berkata, antara etika lain yang perlu dipatuhi ialah memakai tudung yang labuh, tidak jarang dan menutup dada, memakai baju berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki. 

Shafie berkata, kegagalan mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan itu akan dikenakan kompaun sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) 1986 dan jika sabit kesalahan boleh dikompaun tidak lebih RM500. - BERNAMA.

 

Saya mengucapkan tahniah kerana pihak berwajib yang bersungguh  melaksanakan etika sebegini. Namun sudah pasti di zaman kerosakan akhlak dan kebanjiran masalah sosial ini, pelaksanaan etika ini akan dilihat PELIK, JANGGAL, ZALIM dan pelbagai lagi.

Bagi mereka yang ingin membaca hujjah lanjut saya dalam hal ini, anda boleh membaca di artikel berikut :-

1)      Aurat Wanita  : Apa Sudah Jadi?

2)      Dilema Aurat Wanita Bekerja & Suami Nusyuz

3)      Suami & Lelaki Dayus

Bagi mereka yang memahami Islam dari sumber yang sohih, ia tidak pelik sama sekali malah tepat sekali terutamanya di waktu wanita keluar bekerja.

Sabda Nabi s.a.w :-

إن الإسلام بدأ غريبا وسيعود غريبا كما بدأ

Ertinya : Sesungguhnya Islam dahulu datanag dalam keadaan asing, dan ia akan kembali semula dalam keadaan yang dilihat asing" (Riwayat Muslim)

Al-Qadhi ‘Iyadh mengulas bahawa di waktu Islam muncul dahulu, ia hanya diamalkan oleh sebilangan kecil pengikut, justeru ajaran-ajarannya dilihat begitu pelik dan asing dari kebiasaan masyarakat Jahiliyyah, kemudian Islam tersebar luas di seluruh dunia. Sesudah itu, semakin ramai yang akan culas dari ajaran Islam sehingga Islam tidak diamalkan kecuali oleh sedikit manusia sahaja. Tatkala itulah kumpulan yang ingin dan telah mengamalkan Islam AKAN DILIHAT BEGITU PELIK oleh si Jahil, munafiq dan kafir yang merupakan majoriti.
 
Inilah yang saya kira akan berlaku kepada usaha kerajaan Kelantan yang ingin melaksanakan etika aurat ini. Pasti ramai yang akan mengecilkannya dari kelompok yang telah saya sebutkan di atas.

ISU REMEH SAHAJA

Tidak kurang juga ada yang mengutuk usaha Kelantan ini sebagai usaha yang sangat kecil dan meninggalkan priority. Tidak berbaloi, ranting dan lain-lain. Jika berjaya, ia kejayaan remeh, demikianlah kesimpulan yang lahir dari minda si pengkritik.

Saya teringat, ketika saya muncul secara ‘live' di RTM 1 sekitar sebulan lepas membicarakan persoalan harta dan pendapatan syubhat dalam urusan kewangan harian, ada seorang pemanggil yang saya tidak pasti ingin bertanyakan soalan atau memberikan pandangan. Individu itu berkata :

"Bukankah isu yang sedang kita bincangkan ini hanya isu ranting, malah banyak lagi isu besar yang patut dibincang..bla bla bla.."

Itulah point utama komennya, ia seolah-olah tidak puas hati kerana kononnya kami membuang masa membincangkan perkara ranting, meninggalkan perbincangan hal besar dan usul, mungkin seperti isu hudud, ISA, sekular, politik dan lainnya.

Panjang jika saya ingin mengulas lengkap, namun cukuplah saya katakan, adakah anda faham  bagaimana penentuan sesuatu hukum itu sebagai ranting atau usul ? Zhonni atau Qati'e ?

Isu harta haram sebenarnya bukan isu ranting bahkan ia adalah tergolong dalam isu usul dan kekal pengharamannya sehingga hari kiamat. Malah ia memberI kesan kepada seluruh ibadah, sistem iman dan nilai seseorang sebagaimana hadis nabis.a.w yang telah banyak saya perkatakan sebelum ini. Demikian juga isu aurat dan zina.

Malah jika sesebuah jemaah Islam atau parti politik islam itu yang berjuang habis-habisan untuk perkara besar (menurut mereka) iaitu kerajaan Islam hingga berjaya memenagni kerusi dan tampuk pemerintahan, namun jika sistem kewangannya, pelaburan kerajaannya, simpanannya masih terlibat dengan riba. Saya kira perjuangan mereka masih dikira gagal kerana sesiapa yang terlibat dengan riba adalah dikira berperang dengan Allah dan RasulNya.  

Benar, saya selalu mendengar kutukan dari satu pihak terhadap usaha kebaikan Islam yang cuba dilakukan oleh pihak lain hanya kerana kononnya ia isu kecil dan ranting. Lalu diikuti kutukan itu dengan merendah-rendahkan tugasan dan usaha yang dilakukan. Ia tidak sama sekali dari cara Islam.
 

TIADA DAKWAH MELAINKAN DENGAN BERPOLITIK KEPARTIAN?

Sekali lagi saya nasihatkan, mereka yang berjuang Islam melalui sesuatu paltform, akan memperkecilkan usaha dakwah pendakwah LAIN YANG TIDAK melalui wadah yang sama dengan mereka. Sebagai contoh, kerap kita lihat kejumudan minda beberapa individu yang berjuang Islam melalui politik kepartian, lalu diremeh dan dikutuk semua yang tidak berjuang Islam melalui politik secara terangan seperti mereka. Dicemuh kononnya ‘tercicir' dari jalan dakwah. Apa mereka ingat dakwah itu khas buat mereka, tertipu sungguh mereka dengan permainan perasaan oleh Syaitan.

Justeru, jika anda ingin berjuang menegakkan politik Islam melalui wadah politik kepartian, silakan. 

Namun jangan sesekali memandang rendah individu yang berjuang untuk Islam melalui wadah penulisan blog, buku, novel, cerpen, perubahan sikap, kartun, nasyid dan lain-lain. Masing-masing mempunyai peranan dan hanya Allah yang mengetahui siapakah di antara mereka yang lebih ikhlas dan diterima amalnya. 
Selain itu, ingin saya tegaskan sikap sombong dan besar diri beberapa individu yang ‘kononnya' merekalah juara dalam isu besar dan usul sehingga memperkecilkan kerja dan usaha baik orang lain. Sikap ini perlu dijauhinya sama sekali. Kononnya mereka adalah 'hero' sebenar kerana berdepan dengan kezaliman, penjara, mudarat dibuang kerja dan lainnya, sedangkan pejuang lain dikatakan hanya bermain-main di tepi-tepi tanpa keberanian. 

Sedarilah, merasa hero dan berani dalam berjuang adalah pemusnah kepada segala amalan, ia tergolong dalam perasaan ujub dan riya yang menghilangkan berkat dan pahala.

Tidak sedarkah mereka ia satu penyakit ‘ujub dan merasa diri hebat dengan jalan perjuangan itu. Memperjuangkan Islam punyai cara yang amat luas dan pelbagai, tidak perlu semua mengikuti rentak dan cara yang sama, kaedah perlu di pelbagai sesuai dengan kumpulan sasaran.

Bahkan berjuang Islam melalui politik kepartian itu sendiri amat luas skopnya, dan bukan hanya dengan berterus terang sebagai ahli atau pimpinan parti tertentu. Berceramah di musim pilihanraya atas pentas, berdemontrasi aman, menyerah memorandum, mengulas isu politik kepartian dengan terus terang dan lain-lain atas nama parti. Inilah sahaja yang dikategorikan 'berani' dan 'berjuang Islam' oleh segelintir mereka.

Kita dapat lihat di zaman ini, begitu ramai ulama berperanan walaupun tanpa komit dengan parti politik kepartian tertentu. Seperti Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhayli, Dr Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi. Buku tulisan mereka, kertas kerja pembetangan mereka tersebar seluruh dunia dan dimanfaatkan oleh kawan dan lawan, berparti dan tidak berparti.

Tidak dinafikan ramai juga yang mengambil jalan politik kepartian seperti Syeikh Dr. Abdullah Azzam, Dr Muhd Abu Faris, Syeikh Dr Hammam Sa'id dan lain-lain. Justeru kedua-duanya cara dan kaedah punyai faedah dan kelebihan masing-masing, menafikan usahakan kedua-dua cara adalah KEJAHILAN yang menyedihkan.

SEMUA MULA MENDABIK DADA

Saya bimbang sampai satu ketika, masing-masing ingin mendabik dada, isu yang dipilihnya adalah yang paling awla (tinggi priority),

Pejuang isu aqidah mendabik dada mendakwa perjuangannya paling kukuh dan awla, tanpa aqidah semua rosak, sehinggalah dia tenggelam dalam kafir mengkafir,

Pejuang fiqh kewangan juga mungkin dilambung ujub kononnya isu riba dan harta halal amat penting,

Pejuang politik islam dan hudud sudah tentu merasa semua yang baik boleh dibina melalui kuasa politik, justeru perjuangannay maha penting,

Pejuang perubahan sikap turut mungkin mendabik dada, tanpa perubahan sikap semua tewas,

Pejuang isu makanan halal pula mungkin bersuara, tanpa makanan halal kita akan hancur dengan doa tidak maqbul,

Pejuang isu wahabi, salafi dan khalafi pula tenggelam dalam isu bid'ah, aat sifat, tajsim,sifat dua puluh , tauhid yang tiga yang didakwanya maha penting,

Pejuang mengkafirkan ulama dan usaha ulama silam turut mungkin mendakwa sumbangan terbesar kernaa bimbang buku ulama terbabit akan menyelwengkan umat,

dan macam-macam lagi.

Saya tidak meremahkan mana-mana pun namun  Apa yang penting untuk difahami, biarlah setiap orang berjuang dengan cara mereka. Anda tidak tahu manakah yang lebih utama, berjasa dan lebih ikhlas di sisi  Allah swt. Ada yang berjuang Islam melalui politik, teruskan. Ada yang mampu mengambil

* jalan akademik,

* ada yang ikuti jalan NGO,

* korporat,

* motivasi pelajar,

* pembinaan program di  sekolah,

* mengasaskan tadika islam,

* menyediakan perniagaan dan makanan halal dan lain-lain.

 
Setiap satu melengkapi antara satu sama lain. Mana yang terbaik di sisi Allah?, ia bergantung kepada dalaman, usaha bersungguh dan keikhlasan  si pendakwah.

Allah swt berfirman :-

قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَى سَبِيلاً

Ertinya : Katakanlah: ""Tiap-tiap orang berbuat amalan menurut keadaannya masing-masing"". Maka tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya" ( Al-Isra : 84 )

Ibn Abbas menyatakan erti "syakilatihi" dalam ayat ertinya " sudut masing-masing", manakala sebahagian lain mengatakan berdasarkan niat masing-masing( At-Tabari, 15/154 ; Al-Qurtubi, 10/322)

Buat pihak yang suka dan berhasrat untuk mengutuk kerja dan usaha baik orang lain, sedarilah anda sebenarnya sedang MELAKUKAN DOSA dan menjauhkan orang dari Islam dan hidayah Allah.  Disebutkan dalam sebuah hadis :-

‏لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن ‏ ‏تلقى أخاك ووجهك منبسط

Ertinya : "Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) , walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranya dengan wajah yang senyum dan riang.." ( Riwayat Ahmad , dari hadis Jabir , no 19717 )

Justeru, apa jua kebaikan yang mampu diusahakan oleh seseorang, kita ditegah untuk memperlecehkannya. Yang penting juga adalah setiap kita bukan Malaikat yang mengetahui setiap gerak geri, niat dan usaha yang dilakukan oleh orang lain untuk Islam. Oleh demikian, tidak adil sama sekali dengan ringan mulut kita menudingjari mendakwa si fulan telah tidak berjuang untuk Islam kerana sibuk dengan bisnesnya, motivasinya, syarikatnya, sekolahnya, kerjayanya dan lain-lain.

KIta sebenarnya tidak tahu secara tepat akan usaha dakwah yang dilakukan oleh orang lain, disebabkan sebahagian usaha untuk Islam mungkin dilaksanakan secara kelompok kecil, dan sebahagian yang lain pula tiada publisitinya.

Akhirnya tahanlah diri dari  mudah bersangka buruk dan perhatikan tugas dan keikhlasan niat KITA SENDIRI  dalam berjuang untuk kebaikan Islam, dan kurangkan 'menyibuk' dengan kutukan kepada individu lain.

APA SUMBANGAN KITA? SEJAUH MANA KEIKHLASAN KITA ,  SEBELUM MEMPERTIKAIKAN SUMBANGAN ORANG LAIN.

Sekian

ZaharuddinAbd Rahman

www.zaharuddin.net

 

blogger templates | Make Money Online