PERHATIAN
 : BLOG INI AMAT SESUAI DILAYARI DENGAN MENGGUNAKAN: 1.GOOGLE CHROME atau 2.MOZILA FIREFOX. klik untuk muat turun.

SEKADAR HIBURAN " sila muat turun untuk kualiti suara yang lebih jelas "

SEMBANG SANTAI LIVE ONLINE

Create a Meebo Chat Room

Tribute Allahyarham Ust Asri Ibrahim

Saturday, January 17, 2009

Qunut Nazilah

Saya dan anda semua sebagai umat islam tentu berkobar kobar untuk membantu saudara kita yang di tindas di Gaza, Namun dimana peluang kita untuk berbuat demikian, Rasulullah telah mengajar kita untuk menghadapi situasi ini hanya dengan sekadar membaca apa yang dinamakan sebagai Qunut Nazilah ,Ia dinamakan Qunut Nazilah kerana ia disyariatkan untuk dibaca ketika umat Islam ditimpa sebarang bencana dan musibah seperti peperangan, bencana alam dan wabak penyakit.

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW pada suatu ketika apabila mengucapkan “Samiallahu liman hamidah” pada rakaat terakhir Solat Isyak, baginda berqunut: “Ya Allah, selamatkanlah Ayyash bin Abi Rabiah, Ya Allah, selamatkanlah Al-Walid bin Al-Walid, Ya Allah, selamatkanlah Salamah bin Hisham, Ya Allah, selamatkanlah kaum yang lemah dan tertindas di kalangan orang-orang mukmin”.
( Imam Bukhari dan Muslim)

Daripada Ibnu Abbas RA, bahawasanya beliau berkata: Rasulullah SAW telah berqunut selama sebulan berturut-turut dalam solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh iaitu pada rakaat terakhir ketika I’tidal selepas mengucapkan “Samiallahu liman hamidah”. Baginda mendoakan kemusnahan Bani Sulaim, Ra’al, Dzakwan dan Ushaiyah, manakala para makmum di belakang baginda mengaminkan doa itu.
( Hadis Imam Ahmad dan Abu Daud )


marilah bersama kita mengamalkanya sebagai tanda bantuan kita yang termampu kita lakukan disamping usaha usaha lain yang kita mampu, oleh kerana ia dianjurkan oleh rasulullah maka eloklah  kita mengamalkanya sebagai tanda sayang kita kepada umat islam di Palestin yang juga umat nabi kita Muhammad SAW....

Doa Qunut Nazilah untuk saudara kita di Palestin:

اللَّّهُمَّ انْصُرْ اِخْوَانَ الْمُسْلِمِيْنَ فِيْ فَلَسْطِيْن، اللّهُمَّ سَدِّدْ رَمْيَتَهُمْ وَقَوِّ شَوْكَتَهُمْ وَاجْمَعْ عَلَى الْحَقِّ كَلِمَتَهُمْ، اللّهُمَّ افْتَحْ لَهُمْ فَتْحاً مُبِيْنَا، وَاهْدِهِمْ صِرَاطاً مُسْتَقِيْماً وَانْصُرْهُمْ نَصْرًا عَزِيْزاً
“Ya Allah, bantulah saudara muslimin di Palestin (3x), Ya Allah, tepatkanlah lontaran mereka, kuatkanlah senjata mereka dan satukanlah mereka di atas kebenaran, Ya Allah, bukakanlah untuk mereka (kebenaran) yang nyata, tunjukkanlah mereka jalan yang lurus dan bantulah mereka dengan bantuan yang hebat”


اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالصَّهَايِنَةِ الْمُعْتَدِّيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرْنَا عَلَى الْيَهُوْدِ الْمُغْتَصِبِيْنَ الْمُعْتَدِّيْنَ، وَانْصُرْنَا عَلَى جَمِيْعِ أَعْدَائِكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنَ
“Ya Allah, musnahkanlah Zionis yang memusuhi kami, Ya Allah, bantulah kami ke atas orang-orang kafir, Ya Allah, bantulah kami ke atas Yahudi yang mencabul dan memusuhi kami, dan bantulah kami ke atas segala musuhMu yang merupakan musuh agama”


اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا، ونَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللّهُمَّ يَامُنْزِلَ الكِتَابِ، وَيَامُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَاهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمِ الْيَهُوْدَ الْغَاصِبِيْنَ الْمُحْتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُمْ
“Ya Allah, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Ya Allah, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyangkanlah mereka”

اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَخَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يَا قَهَّار، يَاجَبَّارَ وَيَا مُنْتَقِمَ , اللّهُمَّ أَنْزِلْ بِهِمْ بَأْسَكَ الَّذِيْ لاَ يُرَدُّ عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِيْنَ
“Ya Allah, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan mereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, Ya Allah, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan daripadaMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa”








No comments:

 

blogger templates | Make Money Online