PERHATIAN
 : BLOG INI AMAT SESUAI DILAYARI DENGAN MENGGUNAKAN: 1.GOOGLE CHROME atau 2.MOZILA FIREFOX. klik untuk muat turun.

SEKADAR HIBURAN " sila muat turun untuk kualiti suara yang lebih jelas "

SEMBANG SANTAI LIVE ONLINE

Create a Meebo Chat Room

Tribute Allahyarham Ust Asri Ibrahim

Tuesday, April 13, 2010

DEMONSTRASI MELALUI SOLAT SUBUH BERJEMAAH?

Oleh Pahrol Mohd Juoi

Dalam buku Misteri Solat Subuh karangan Dr. Raghib As Sirjani menukilkan, “pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku yakni bila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat.”

Atas dasar apa dia berkata demikian, tidak pula dinyatakan secara pasti. Namun jika kita sendiri melihat situasi ini lebih dekat, ada logik dan kebenarannya.

Pada tahun 80’an, sewaktu masih menuntut di universiti, terjadi satu tragedi besar dalam dunia Islam. Tentera Soviet Union (yang belum berpecah seperti sekarang) telah menyerang Afghanistan. Pada ketika itu Nur Muhammad Taraki, Babrak Karmal (seingat saya) dan lain-lain tali barut komunis telah menjadi musuh yang “menjemput” tentera Rusia menjajah Tanah Air mereka sendiri. Pelajar-pelajar Islam di universiti tempatan ketika itu telah bangun melancarkan demonstrasi.

Saya masih ingat bagaimana ucapan berapi-api daripada para pemimpin pelajar ketika itu telah membakar emosi dan menimbulkan rasa marah yang amat sangat kepada Komunis Rusia. Bendera Soviet, patung Breznev dan Babrak Karmal telah dibakar. Ucapan yang berapi-api telah disambut oleh jeritan, “Allah hu Akbar! Allah hu Akbar!” telah bergegar di padang tempat kami melakukan tunjuk perasaan.

Rasa-rasanya, kalau dilihat pada semangat yang memuncak, bagaikan semua telah bersedia untuk dihantar ke Afghanistan untuk membantu Mujahidin (waktu itu belum ada Taliban) bagi melancarkan jihad. Bilangan pelajar Islam yang berdemonstrasi saya rasa hampir mencecah ribuan orang.

Keesokan harinya, sewaktu solat Subuh di surau kolej kediaman, saya dapati hanya beberapa kerat pelajar yang datang untuk solat berjemaah. Sangat minoriti, tidak sampai satu saf pun. Ke mana perginya mereka yang bersemangat berapi-api semalam? Tidak ada laungan Allah hu Akbar lagi sekalipun untuk sekadar bertakbiratul Ihram. Dan paling aneh, para pemimpin pelajar yang hebat berpidato itu pun tidak muncul-muncul.

Cuba fikirkan mengapa terjadi demikian? Akan gerunkah musuh Islam kepada umat yang tidak solat Subuh berjemaah ataupun tidak bangun Subuh langsung? Pada hal demonstrasi hakiki yang benar-benar menggerunkan musuh (berdasarkan pengakuan penguasa Yahudi sendiri) ialah solat Subuh secara berjemaah yang dilakukan oleh majoriti umat Islam.

Tidak salah membakar bendera negara yang menzalimi umat Islam, tetapi alangkah baiknya jika kita terlebih dahulu “membakar” selimut syaitan yang menghalang kita bangun untuk solat Subuh berjemaah? Tidak salah bertempik dan bertakbir bagi menunjukkan kemarahan kita terhadap musuh Islam, tetapi alangkah baiknya jika suara itu digunakan juga untuk bertabiratul Ihram dalam solat Subuh secara berjemaah?

Hemm, mampukah orang yang “liat” bangun Subuh berjemaah demi cintanya kepada Allah berangkat ke medan jihad untuk memerangi musuh Allah??

Ada tokoh yang hebat yang begitu menarik kata dan ucapannya tentang Islam… begitu indah, bersemangat dan menyentuh. Tetapi apakah ertinya jika dia melazimi tidak hadir ke masjid untuk berjemaah Subuh? Atau figur ekonomi Islam yang berjaya membentang segala perancangan dan strategi muamalat Islam tetapi liat melangkah kaki menyertai solat Subuh berjemaah. Atau seorang yang begitu menonjol sekali dalam melahirkan produk-produk serta perkhidmatan Islam, tetapi hanya “kadang-kadang” dan “jarang-jarang” menyertai solat berjemaah Isyak dan Subuh!

Marilah kita renungi dua hadis ini:

1. Rasulullah saw telah bersabda:
“Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia telah solat separuh malam. Dan barang siapa solat Subuh berjemaah (atau dengan solat Isyak seperti yang tertera dalam hadis Abu Daud dan Tirmizi) maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam semalam penuh.” (HR Muslim).

2. Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya, apabila mereka mengetahui apa yang ada dalam solat Subuh dan Isyak, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (HR Ahmad dan An Nasai’)

Saturday, February 20, 2010

Cintai Rasulmu Begini, Bukan Begitu......

Beberapa hari lagi seperti saban tahun bila sahaja 12 Rabiulawwal maka bermulalah saat untuk menginggati perjuangan Baginda Rasulullah di mana-mana, "Begini adalah lebih baik dari tiada kata seorang sahabat", " umat akhir zaman mudah lupa, jadi kenalah di buat agar mereka kembali menginggati baginda " ermmm namun adakah perkara ini benar harus di fikirkan begitu... salah satu dari aktiviti yang biasa di lakukan bagi menzahirkan kecintaan kepada baginda ialah dengan berarak sambil membawa sepanduk kecintaan ermmm begitulah umat ini menzahirkan kecintaan terhadap baginda, terfikir juga agaknya setelah mendapat cinta itu maka tentu selepasnya sunnah terpegang erat bak mengigitnya dengan geraham, maka terserlahlah islam dalam diri dan teguhlah keimanan bila segala sunnah sudah dapat terlaksana, tapi ermm masih ada tapinya disini ... tapi benarkah suasana ini yang berlaku benarkah Cinta Rasul itu terzahir setelah segala jerih penat berarak dijalanan benarkah begitu, mudahnya mengutip Cinta Rasul di zaman ini hanya dengan berlengang kangkong berjalan hanya dengan berjalan .......... entah kenapa bab berarak ini kurang saya senangi sejak saya tahu berfikir, mungkin berfikir dipandu ilmu menatijahkan perasaan ini, namun yang paling saya sedih saya belum mampu nak menzahirkan nya dalam dunia realiti kehidupan saya bila saat ia diperlukan ...
Sebenarnya luahan ini tertulis dek isu huru hara nak buat perarakan di P. Pinang tuh ler, bukan nak apa tapi macam ler benda tu penting sangat nak dipertahankan, sebenarnya ada udang disebalik batu, semua ada menyimpan niat namun realitinya semua mempertahankan suatu perkara yang alahai bukan lah penting sangat untuk dipertahankan, kerana di sana masih banyak perkara yang perlu dipertahankan dan lebih penting untuk diperjuangakan di dalam erti kata untuk meraih Cinta Rasul dalam hidup ini ..... carilah carilah cinta rasul itu kerana cintakan rasul bermakna cinta Allah jua yang kita perolehi....

Wednesday, February 17, 2010

Subhanallah alhamdulillah segala Puji Pujian bagi Allah...

Salam Pertemuan buat seketika ini, sukar untuk dipastikan kebenaran bahawa masa berlalu begitu pantas sekali, bagai angin lalu dan saya hanya berkesempatan mengisi post untuk tahun 2010 ini bermula pada bulan Februari tahun ini, namun terkilan juga terlepas membuat post untuk bulan Jan tahun baru 2010.
Banyak perkara yang ingin dikongsikan namun masa,peluang dan ruang membatasi kesempatan ini , namun saya besyukur dengan setiap pemberian Tuhan Yang Maha Esa pada tahun ini, sesungguhnya tahun ini adalah cukup bermakna buat saya dan isteri juga keluarga sama ada dari sebelah saya mahupun isteri tersayang, pada 18 Jan 2010 cahayamata pertama kami lahir dengan selamat dan proses kelahiranya subhanallah telah dimudahkan oleh Allah alhamdulillah, sesungguhnya Allah maha mendengar rintihan doa hambanya .
Terasa kerdil bila merasai Allah itu masih mahu mendengar doa hambanya ini, tekad dan azam tahun ini ingin saya perbanyakan doa lagi untuk meraih rahmat dan magfirahnya serta memohon agar urusan dunia dan akhirat kami dipermudahkan semauanya amin......

jumpa lagi .........

Friday, December 25, 2009

Penapis Air Imtiyaazz Pilihan Saya ...

Saya bukanlah tidak mampu hendak memiliki penapis Air yang Gah disebut oleh khalayak ramai, cuma tak tahulah kenapa setiap kali berperasaan untuk memilikinya terpalit bersama perasaan yang berbaur keraguan ragu tentang harganya,ragu tentang qualitinya, Ragu tentang status halal haramnya dan macam macam lagi, lalu hingga kini saya padamkan sahaja hasrat memiliki penapis air, tanpa diduga saya tertarik dengan produk penapis air Imtiyaaz, saya termenung menguji membiarkan perasaan ragu itu hadir seperti ketika saya melihat produk berjenama gah sebelum ini, setelah sekian lama saya tunggu perasaan itu tiada hadir pula, yang hadir adalah sebaliknya ,apatah lagi bila membaca petikan ini "

" Mengapa bayar LEBIH sedangkan anda MAMPU memilikinya dengan harga yang RENDAH untuk kesihatan anda yang TINGGI nilainya?"

hek hek hek rupa2 nya harga yang rendah yang menarik minat saya ,namun sebenarnya bukan itu sahaja, yang penting ia " HALAL " buatan orang islam dan tentu sahaja inilah yang menyebabkan hati saya bertambah yakin bahawa produk penapis air ini bakal saya pilih untuk mengisi ruang kekosongan hidup ini hekhekhek ....

tup tap tup tap saya kini adalah pengedar berstatus mobile bagi produk ini.... bagi sesiapa yang ingin memiliki penapis air yang saya anggap " MAMPU DIMILIKI TANPA RAGU RAGU " ini silalah menempahnya dari saya atau agen agen yang berdekatan dengan anda .. produk muslim tetap menjadi pilihan saya ... aanda bagaimana ? ...

untuk keterangan lanjut sila lawati laman ini : http://imtiyaazwater.com/

Saturday, November 7, 2009

Bahasa kata disulam rasa

Wahh sudah lama banget tak mengisi blog ini, almalumlah sibuk memanjang dengan tugasan yang tak pernah kunjung reda jika tidak kerana tugasan di sekolah, balik sekolah pun dah banyak kerjanya, nampaknya kerja partime saya sebagai muhandis k#####ter semakin mendapat tempat ,cuma belum dikembangkan lagi hanya sekadar kecil kecilan dan agak sengaja disembunyikan namun ada sahaja permintaan dari sesapa saja untuk ia dikembangkan namun nak buat macam mana saya rasa masa belum mengizinkan banyak pengalaman yang perlu ditimba lagi, biarlah ia berada ditahap ini dahulu yang penting jangan putus walau dirasakan bagai bermusim .

Masa yang ada di dalam bulan-bulan selepas raya ni banyak dihabiskan dengan pelbagai rutin dan acara namun saya masih mengekalkan rentak sederhana tidak terlalu menonjol tetapi terasa ada, bagi yang mencari dan memerlukan khidmat saya mereka tahu bagaimana hendak menghubungi saya ,insyallah jika ada ruang dan masa saya akan penuhi dan memberi apa yang sewajarnya melihat kepada apa yang dihajati oleh para yang berhajat hekhekhek bahasa agak simbolik sedikit maaf yer....

Disebalik senyapnya diri ini ia masih menghidu isu isu disekeliling cuma akibat tindakannya ini ia sering disalah tafsir bagi mereka yang terburu dan tergesa memberi persepsi teruskan jika rasa ia memang melegakan hati, saya hanya menjawabnya dengan bahasa tubuh sesekali juga terpanah kata, jangan terasa lerrrr .. panah dilepas punya sasaran bukan panah yang mengila tanpa tujuan ....

Eh bulan Haji dah semakin hampir malah ketika ini pun dah ramai yang berjaya memijakan kaki ke distinasinya semoga mendapat haji yang mabrur ,bagi yang masih terkandas ingatlah anda bakal menjadi tetamu allah bersabarlah menunggu surat jemputan allah itu pintalah melalui doa dan harapan, jangan hanya berpeluk tubuh engan menadah tangan sebaliknya percaya kuasa DUIT dapat merealisasikan tujuan.... jika begitulah sikapnya apakah jaminan surat jemputan itu akan sampai ,segalanya terserah kepada dirimu yang punya cita cita dan cita cita itu akan hanya menjadi angan angan jika ia tidak pernah ditegaskan melalui ungkapan doa penuh harapan kepada pemilik empunya distinasi yang engkau impikan .....

Tuesday, October 6, 2009

Demi Masa


Demi masa manusia dalam kerugian......
Kecuali yang beriman dan beramal soleh ......
Yang berpesan pada kebenaran ....
Yang berpesan pada kesabaran ......


Saturday, September 26, 2009

Dahulukan Puasa Enam Atau Layan Keluarga?

Soalan: Sempena hariraya, anak cucu saya pulang ke rumah. Selepas hariraya pertama ( 1 syawal) saya terus mula berpuasa enam. Isteri saya bersungut, katanya anak-anak balik dari jauh nak makan bersama-sama sedangkan saya berpuasa. Dia menyuruh saya berbuka sebab syawal masih banyak hari lagi, anak-anak pula cuti mereka pendek mereka hanya sempat beberapa hari sahaja bersama kami. Saya pula takut kehilangan fadhilat puasa enam syawal, apa yang patut saya lakukan. Jika saya berbuka nanti saya tidak dapat ‘raya puasa enam’. Minta huraian Dr Asri.

Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin:

Ada beberapa perkara yang perlu disentuh mengenai soalan di atas;

Pertama: Adapun sunat puasa enam hari pada Bulan Syawwal, bukanlah terhad setakat enam hari berturut-turut selepas hariraya, sebaliknya enam hari pada Bulan Syawwal samada berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan tersebut dianggap sebagai memenuhi maksud hadis:

من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر

“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” (Riwayat Muslim).

Walaupun di sana ada yang berpendapat yang afdalnya adalah berturutan selepas hariraya disebabkan ungkapan ‘ثم أتبعه’ (kemudian dia susulinya), namun fadhilat puasa enam ini tetap diperolehi oleh sesiapa sahaja yang berpuasa mana-mana enam hari dengan niat sunnah tersebut dalam Bulan Syawwal. Inilah yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam Syarh Sahih Muslim.

Kedua: Seseorang yang berpuasa sunat dibolehkan berbuka apabila dia mahu. Bahkan, digalakkan berbuka jika itu dapat menguatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan atau menjaga perasaan orang lain. Ini seperti hadis Abi Sa’id al-Khudri, katanya:

صنعت لرسول الله صلى الله عليه و سلم طعاما فأتاني هو وأصحابه فلما وضع الطعام قال رجل من القوم : إني صائم فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : دعاكم أخوكم وتكلف لكم ثم قال له : أفطر وصم مكانه يوما إن شئت

(Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).

Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda: دعاكم أخوكم وتكلف لكم ثم تقول إني صائم (saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!).

Ini menggambarkan betapa menjaga hubungan baik itu patut diutamakan sementara puasa sunat pula boleh diganti pada hari yang lain. Puasa enam Syawwal pun demikian. Maka untuk menjaga hubungan kaum keluarga, maka eloklah ditangguhkan puasa tersebut jika hari-hari pada Bulan Syawwal masih banyak. Pada zaman ini, cuti yang terhad, waktu pertemuan sesama keluarga juga terbatas oleh kesibukan dan urusan yang berbagai, maka amalkanlah galakan Nabi s.a.w ini ‘berbuka dan ganti pada hari yang lain jika mahu’. Dengan itu hubungan keluarga dapat dikuatkan atau dijaga, puasa enam juga dapat dilaksanakan.

Ketiga: tiada dalam Islam apa yang dinamakan dengan ‘hariraya puasa enam’. Apatahlagi jika ia diiringi dengan ibadat khusus seperti solat tasbih sempena hariraya puasa enam yang dibuat di sesetengah tempat. Ini semua perkara yang diada-adakan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Sabda Nabi s.a.w.:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak”. (Riwayat Muslim).

Allah Lebih Mengetahui;

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
25/9/09 -6 Syawwal 1430.

 

blogger templates | Make Money Online